Wednesday, 21 August 2013

❤CINTA KURA-KURA❤

Bagi peminat filem melayu tegar, jangan lupa ye Filem Cinta Kura -Kura dari KRU Studios. Cerita ini tidak menghampakan tau:) kene cakap awal-awal sebab banyak cerita yang menghampakan sejak akhir-akhir ni hahhahaha.

p/s: teringat kata-kata seorang teman : "apa standart tengok cerita melayu"


Memula bila tengok si Tiz Qaqyah bergandingan dengan Aeril rasa macam tak sesuai tapi bila tengok filem ni.. memang nampak sangat sweet :)

SINOPSIS - Sumber : Sinema malaysia

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya.

Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.


+Korang memang harus tengok cerita ni sebab sangat kelakar.
+Suami cakap cerita ni tak besh tengok sorang-sorang, kene ada kawan gelak baru besh
+Watak nico memang menghiburkan :) cuma kata suami zizan tu buat suara untuk nico macam bawa watak sendiri.
+Kalau takde zizan mungkin cerita ni sedikit hambar. Dengan je suara zizan pecah satu panggung ketawa
+Watak nico mensabotaj  si adam memang kelakar. Curi sepender Nani dan buat macam si adam tu guna sepender nani untuk............tet..hampeh betul .
+Watak mak adam yang kuat membebel tak kena tempat tu boleh tahan juga.
+Si adam tu nak sangat menyanyi tapi lidah pendek kekehkeh.
+Ada tiga lagu yang dibawakan dalam filem ni. Band adam nyanyi untuk persembahan. sesekali buat pupel rasa filem ni macam filem dulu-dulu siap ada lagu. nicelah :)
+Farah Fauzana jadi kekura yang digelar "mek kelate" sebab dia cakap bahasa kelantan siap ada"abang weiiiii"
+Bila tengok cerita ni rasa nak bercinta balik la. haha

apapun jangan la korang melepaskan peluang untuk tengok Filem Cinta Kura -Kura ye, rasanya berbaloi untuk korang keluarkan RM11 sorang untuk tengok cerita ni daripada korang tengok cerita azura yang sumpah tak besh tu hahahaha. Apapun pupel harap Filem Cinta Kura -Kura  mendapat sambutan yang bagus lah, dan  KRU Studios tak berhenti buat filem yang besh-besh lagi hahaa.

Wednesday, 14 August 2013

I ❤ ISLAM

ISLAM SEBAGAI AD-DIN

1.1 Manusia dan Agama

Pendahuluan
Menurut Islam manusia merupakan makhluk Allah yang mulia dan sempurna serta indah kejadiannya. Allah menciptakan manusia pertama di-syurga dan seterusnya menempatkan kehidupannya di muka bumi hingga ke hari kiamat. Fakta ini dapat kita ketahui melalui ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Tin:4, Surah al-Baqarah;30, dan lain-lain.

Manakala agama dustilahkan sebagai ad-deen bagi sebutan yang tepat sebagai cara hidup yang diredai oleh Allah. Pertunjuk mengenainya boleh ditemui dengan meneliti firman Allah dalam surah al-Baqarah: 285, surah Ali Imran;19, surah Ali Imran:85, surah al- Maidah: 3, surah al-Taubah: 33 dan lainnya.

Dalam konteks hubungan, manusia dan agama tidak dapat dipisahkan. Sejarah manusia telah mencatatkan bahawa manusia dari sejak mula diciptakan telah memberikan fokus utama dan terpenting kepada agama atau kepercayaan. Cuma yang membezakan adalah, samaada manusia berjaya dalam pencarian agama yang benar dan haq atau kecundang dalam usahanya disebabkan faktor-faktor yang melingkungi kehidupan.

1.1.1. Manusia dan unsur kejadiannya
Manusia berasal dari diri yang satu iaitu dari nabi Adam as. Manusia diciptakan terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasad dan unsur roh. Jasad Adam as. diciptakan daripada unsur tanah, manakala hakikat diri Adam terdiri daripada unsur roh, seperti mana yang diceritakan oleh Allah s.w.t. melalui firman yang bermaksud: Dia (Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih daripada dosa). Dialah sahaja lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa.

Pelbagai istilah diberikan dalam rangka kejadian Adam. Mengenai jasadnya al- Quran menyebutkan seperti: Air, al-Turab, pati tanah, Tin yang liat dan sebati, tanah yang panas berbau, tanah yang panas seperti tembikar, tanah bumi, dan berbentuk (rupa).

Manakala pada unsur roh Adam, Allah s.w.t. Mengungkapkan: (Surah al-Hijr:29)

Manusia pertama ini tiada beribu dan tiada berbapa. la diciptakan dengan Qudrah dan Iradah Allah yang menghendaki ia berlaku. Sehinggakan malaikat pun tidak mengetahui kenapa makhluk manusia ini diciptakan.

Unsur roh ini tidak ada sesiapa pun yang mengetahuinya, malah Rasululllah s.a.w. Sendiri diajar oleh Allah supaya memulangkan persoalan roh sebagai persoalan Tuhan. Allah mengajarkan pesuruhNya dengan berfirman: (Surah al-Isra7:85)

Manakala keturunan Adam as. seterusnya terdiri daripada unsur yang sama iaitu unsur jasad dan unsur roh. Pelbagai istilah juga dijelaskan mengenainya dalam perinkat-peringkat tertentu seperti; nutfah, alaqah, mudghah, izam dan lahm, dan nafkhurruh. Penjelasan dari Allah amatjelas melalui firmanNya dalam surah-surah seperti; al-Insan:2, al-Mukminun:14 al-Alaq:2, al-Hjj:5, al-Hijr: 29 dan lain-lain.

Selain daripada itu Allah juga mengumiakan kepada manusia hati, akal dan nafs yang unik penciptaannya dan amat penting fungsinya kepada manusia dalam melaksanakan kehidupan.

Berdasarkan fakta daripada al-Quran amat jelas bahawa Allahlah yang menciptakan manusia dan Allah amat mengetahui tentang ciptaannya. Hal ini dapat dirakamkan melalui jawapan Allah kepada malaikat apabila dipersoalkan tentang penciptaan Adam as. FirmanNya: (Surah al-Baqarah: 30)

Berdasarkan kepada logik, Allah yang mencipta manusia, maka hanya Dia sahaja yang mengetahui tentang hakikat kejadian diri manusia (Mohd Sulaiman Yasin). Firmannya lagi: (Surah al-Mulk: 14)

1.1.2 Pengertian agama dan fahaman masyarakat terhadapnya
                                                                                                                                
Menurut Kamus Dewan, agama secara umum bermaksud kepercayaan kepada tuhan. Manakala agama dinisbahkan kepada Islam, ia membawa erti kepercayaan kepada Tuhan Allah dan sifat-sifat serta kekuasaanNya, disertakan dengan penerimaan ajaran dan perintahNya. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan kepada Allah disebut mukmin. Islam dikategorikan sebagai agama langit dan bukan agama ciptaan manusia (Kamus Dewan: 2002:12).

Kamus Dewan juga memberikan maksud agama; Kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja dan dianggap berkuasa seperti dewa dan lain-lain. Ini berpunca daripada perkataan agama yang ada dalam bahasa Melayu itu berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud; Warisan tertulis yang diturunkan dari generasi ke satu generasi yang lain. Istilah agama ini digunakan oleh orang Hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab Vedik iaitu kitab suci Hindu (al-Atas : 2005 : 3).

Istilah bahasa Inggeris yang sering diterjemahkan sebagai agama ialah religion, namun pemahaman Barat terhadapnya sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan dianggap sebagai sebahagian daripada budaya semata-mata. Ia berdasarkan kepada kenyataan bahawa agama Nasrani Kristian di Eropah telah berkurun-kurun lamanya, hanya menjadi sebahagian daripada kehidupan budaya dan sosial masyarakat Eropah.

Terdapat pelbagai pengertian agama dari sudut bahasa (Amin Amat: 1989:56), antaranya:
a. Anti kerusakan
b. Bukan benda
c. Tata cara hubungan manusia dengan raja atau pemerintah
d. Peraturan hubungan manusia sesama manusia
e. Upacara hubungan manusia dengan dewa-dewa
f. Kepercayaan atau keyakinan terhadap ketuhanan

Menurut Kamus bahasa Arab, perkataan agama disebut sebagai deen, ia mempunyai pelbagai makna dan pengertian. Kadang kala pengertiannya bertentangan antara satu sama lain. Manakala ad-Deen (dalam bentuk marifah) bermaksud cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimana pun perkataan deen (dalam bentuk nakirah), apabila dihubungkan dengan perkatan Allah, al-Haq maka ia bermaksud agama yang benar (A. Akhili:6).

Menurut al-Quran istilah agama mengandungai empat ciri utama (Mohd. Sulaiman Yasin:18) iaitu:
i. Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi
ii. Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak
iii. Sistem atau peraturan yang berbentuk teori dan amali yang digubal oleh kekuasaan dan kehakiman tertinggi
iv. Pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan tertinggi kepada sesiapa yang taat dan patuh kepada sistem, atau balasan siksa kepada setiap yang ingkar atau durhaka.

Al-Quran sebagai sumber ajaran Islam yang otentik telah menisbahkan agama kepada dua bahagian, iaitu:
i. Agama yang disifatkan sebagai sesat
Ia ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t. Yang berbunyi: (Surah al-Kafirun: 6)

ii. Agama yang diakui sebagai benar
Allah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Tawbah:33)

Agama yang haq itulah agama Allah, lurus dan teguh serta diperakui oleh Allah dengan nama al-Islam. Allah s.w.t. berfirman: (Surah Alilmran: 19)

Agama yang dimaksudkan itu sudah pasti agama yang sempuma dan cukup sebagai nimat bagi seluruh alam dan diredhai oleh Allah s.w.t. FirmanNya: (Surah al-Maidah:3)

Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan agama boleh dimaksudkan kepada ad-Deen. Manakala ad-Deen yang dustilahkan sebagai cara hidup yang sempuma dan menyeluruh itu adalah Islam. Maka apabila dikatakan Islam sebagai ad-deen, ia bermaksud Islam sebagai cara hidup bagi mereka yang tunduk dan patuh kepada Allah, dan pengertian inilah yang dikehendaki oleh Syara (A. Akhili: 6). Kebiasaannya apabila orang Melayu berkata; "Kamu tidak beragama", ini bermakna; orang yang dimaksudkan tidak menghayati Islam sebagai cara hidup. Islam menyeru supaya menghayati agama dengan sepenuhnya. Alllah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Baqarah: 208)

1.1.3 Keperluan manusia kepada agama

Banyak faktor yang menebabkan manusia amat perlu kepada agama. Antara yang banyak dibincangkan oleh para cendikiawan dan para ulamak antaranya adalah:

i. Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki naluri beragama.
ii. Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan persekitaran hidupnya.
iii. Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan
iv. Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam disebalik alam nyata ini (Surah al-Araf: 172-173, Surah Luqman: 25, Surah al-Zumar: 38, Surah Zukhruf: 9, Surah al-Araf: 174 dan lain-lain)

1.1.4 Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam
Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam telah menjadi topik nasional pada hari ini. Fenomena ini berlaku berkemungkinan besar disebabkan beberapa faktor yang boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu faktur luaran dan faktor dalaman umat Islam sendiri:

i. Serangan dari musuh Islam
- Mereka menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang cukup berkesan untuk memesongkan umat Islam dari menghayati cara hidup Islam yang mumi
- Melalui media massa dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan pemikiran
- Melalui budaya dan cara hidup selesa dan penuh dengan keseronokan
- Menanamkan falsafah songsang; hidup hanya sekali. Oleh itu dunia adalah segala-galanya sebagai distinasi awal dan akhir hidup manusia.
- Menanam dan menyuburkan sikap individualistik dan materialistik di kalangan umat Islam yang menggoyahkan pertahanan danjati diri umat Islam

ii. Kelalaian dan kelemahan umat Islam
- Umat Islam sebahagiannya masih jahil tentang Islam dan cara hidup Islam
- Kurang upaya merealisasikan saranan al-Quran
- Lalai dalam menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan yang baik
- Kurang jati diri dalam mempertahankan nilai-nilai mumi
- Mudah lupa dan alpa terhadap tipu muslihat musuh Islam
- Suka meniru perkara/nilai yang datang dari luar Islam, walaupun sedar ia boleh merosakkan diri sendiri

Kesimpulan
Manusia dan agama tidak dapat dipisah. la telah dibuktikan kebenarannya disepanjang perjalanan sejarah manusia. Tanpa agama, manusia rugi, dan tidak mampu untuk melakar kegemilangan tamadun dan kesempumaan roh, jiwa, jasad dan peradaban hidupnya. Oleh itu kembali kepada penghayatan agama Islam yang murni merupakan jihad ditntut.